AddictedToAnger

Saturday, 13th August 2006
First time tajok blog aku ade kene mengene dgn isi. ok ok.. i admit.. i AM addicted to anger. and the addiction takes centre stage last saturday.
byk stuff made me angry.

  • making ppl wait makes me angry
  • waiting for ppl makes me angry
  • sight of dis one budak opis yg so, so, so seploh kali sickening, makes me angry
  • my ugly body makes me angry
  • my ugly face makes me angry
  • my ugly fate makes me angry
  • kete depan yg slow makes me angry
  • kete blakang yg suluh lampu tinggi makes me angry
  • kete blakang yg langgar aku makes me angry
  • kete prasan kete lain makes me angry
  • ppl yg suke tegur what’s in ur plate makes me angry (ini aku x paham, aku suke colors in my plate, xde la bosan kan, n aku suke chili, bcos i am a so angry person, so waat… hey, do ppl complain wat’s in YOUR plate??)
  • ppl who promised me samting but backed out last minute makes me angry
  • tetinggal kunci makes me angry
  • pintu terkunci makes me angry
  • fon kene bar makes me angry
  • org yg marah x tentu pasal makes me angry (x sedar diri nih hehe)
  • my attitude lately, moralnye, myself laah, makes me angry

eheh. mcm sume mende je buat aku marah. tp satu je yg aku learn thru de years: how to overcome anger due to rejection. hee.. dlu aku slalu terase ati la, terase tehegeh2 la, terase diketepikan la, terase tidak disayangi la (poyo :P ) dan pelbagainye. tp aku ade terbace somewhere, yg sume org pon ade life sdiri, n diorg xde le allocate mase diorg utk kite je, walaupon kite slalu allocate mase utk diorg. but hey, life’s unfair maa.. bear with it je le.. idok getu..? sooner or later, kite tepakse gak terima a complete “no” when we lost them kan..
aku penah bace yg anger ni comes from unfulfilled demands, i.e. things dun go our way (baguih gak aku ni rajen bace mejalah :P ). an egoistic, self-centered feeling yg bile dibiarkan control ur mind, cud cause an ugly impact to self and ppl around anda. member begadoh, couples break-up, marriage shattered, and ol-school “this is not going to werk out” phrase.
coming back to last saturday, aku somehow, let out my ultimate anger, though xde la fatal ken.. n it got my fren feeling uneasy de whole day, n de werd “ha’a, edi dah x fun mcm dlu lagi”. great. got me thinking, it’s true. my life now is filled with my own damn personal problem, n it takes toll to my goodself (poyo lg :P ). i got more stuff to think now then before, i got much more responsibilities n plans to handle, n i got this great big burden to settle. God knows betape aku clutch my hands dat night utk tak biarkan things got reali, reali ugly. tp salah aku gak laa, i dun explain, so ppl won’t know right..
oklah, so i hef no more fun. a shift to a more fun person shud be ok laa.. aku sdiri pon, if given a choice, wud just leave. tp cemane la kan nak split bodi n soul, unless upon death heee.. tp respect la, kawan aku ni mmg kental. seen thru my baddest behavior, tp rilek je. kdg2 aku kene la marah balek :”>. dia pemarah gak, tp pandai control, cume x terconceal sepenuhnye. aku ingat lg, last yr kot, aku ade tersebut samting psl org yg dia suke, x sengaje. n suddenly, dia angkat tgn as if nak lempang aku. at dat time, i was like “ookaaay…”. hmm.. x sume org preach anger management skills they learned huh…
uuuii… panjang nye tulihsan ni.. ok ok. nak sambong keje. ke. ntah. ye kot. hee. moralnye, will i learn from my lessons? we’ll see.. we’ll see.. akan dipertimbangkan ;)

Bilaku marah biarkan kubersandar
Jangan kau pergi untuk menghindar
________________________________________________________________

Ni cite cilok dr blok awak deens. so de veri true.. huhuu..

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. “Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut.
“Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata “Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.


About this entry